Hari : Jumaat
Tarikh : 26 Ogos 2011
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Faedah bercucuk tanam
Masa : 8.20 – 9.20 ( 1 jam )
Sukatan Pelajaran : 1.61 / 5.2.1 ( literasi )
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid akan dapat ;
Murid Perdana( murid yang melepasi tahap linus )
1. Berbicara untuk mendapat maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber.
2. Menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.
Murid literasi( murid yang tidak menguasai konstruk seperti bacaan dan tulisan )
3. Murid di bimbing guru mengeja dan membatang suku kata. Guru juga menggunakan teknik bunyi untuk
membunyikan perkataan.
4. Murid membuat lembaran kerja.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid membaca dialog dalam buku teks.
2. Murid berbincang tentang faedah bercucuk tanam.
3. Murid mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
Murid literasi
4. Murid mengeja dan membunyi perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan bimbingan guru.
5. Murid-murid membuat lembaran kerja.
EMK : TMK:- keusahawanan
BBM :Gambar bersiri, buku teks, buku aktiviti, kad , carta dan lembaran kerja.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid boleh mengeja dengan cara membatang suku kata.
2. Mencatat maklumat dengan tepat.
Kemahiran Bernilai Tambah :Mengelaskan dan EMK
Pengisian Kurikulum :Nilai – Kerjasama , Ilmu – Kemahiran Hidup
Pengayaan :Membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
Pemulihan :Menulis suku kata tertutup dengan betul.
Refleksi :
Pencapaian untuk murid perdana hampir 90% menguasai dan sebilangan daripadanya masih keliru untuk memahami tajuk mengenai bercucuk tanam.Ini adalah kerana mereka yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan tinggi tidak mempunyai pengalaman secara langsung dalam bercucuk tanam. Bagi murid linus pula ketidakhadiran murid linus seramai 4 orang telah menjadikan peratus meningkat sebanyak 90% daripada bilangan murid yang hadir. Mereka mampu mengeja dan membunyi suku kata dengan bimbingan guru dan bantuan rakan sebaya. Murid belajar dengan seronok melalui teknik lakonan yang disampaikan oleh murid perdana. Murid linus juga penuh berminat untuk mengambil bahagian dalam melakonkan dialog walaupun bacaan kurang lancar. Mungkin dengan cara ini murid agak berminat untuk mengikuti pengajaran dan menguasai pembelajaran.
No comments:
Post a Comment