Thursday, 8 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1 2011


Kelas   : 1 Orchid
Tarikh : 25 Ogos 2011
Masa    : 09:20 – 10:20 ( 1 jam )
Hari     : Isnin
Tema   : Mari Bertani
Tajuk   : Seronoknya bercucuk tanam
SukatanPelajaran : 2.5.3 / 1.2.1 ( literasi )
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini murid akan dapat;
1.      Membaca dan menaakul maklumat daripada pelbagai sumber.
2.      Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Murid Perdana( murid yang melepasi tahap linus )
1.      Murid memerhati dan membaca teks dengan bimbingan guru.
2.      Murid menaakul maklumat dan memindahkan bahan grafik kepada bukan grafik.
3.      Murid melengkapkan ayat berdasarkan gambar.

Murid literasi( murid yang tidak menguasai konstruk seperti bacaan dan tulisan )
4.      Murid dibimbing guru mengejadanmembatangsuku kata. Guru juga menggunakan teknik bunyi untuk membunyikan perkataan.
5.      Murid membuat lembaran kerja.

EMK : TMK ; kreatif dan inovatif
BBM :Gambar tunggal, buku teks aktiviti, bahan grafik, kad perkataan dan huruf.

Penilaian  Pengajaran dan Pembelajaran :
1.      Murid boleh membatang suku kata terbuka dengan bunyi dan ejaan.
2.      Mencatat dan menulis maklumat dengan tepat.

Kemahiran Bernilai tambah :Mengelaskan, EMK
Pengisian kurikulum :   Nilai ; Kerjasama , Ilmu ; Sivik Kenegaraan
Pengayaan :Melengkapkan ayat berdasarkan gambar dan perkataan.
Pemulihan :Menulis suku kata terbuka dengan betul.

Refleksi :
100 % objektif tercapai bagi murid perdana manakala bagi muridl inus pula hanya 66 % peratus sahaja.Ini adalah kerana hanya 10 daripada 15 orang pelajarl inus yang mampu membunyi dan mengejas uku kata dengan betul.Ada pun latihan yang dibina oleh pelajar linus adalah 90% yang dapat menguasai. Murid-murid yang tidak menguasai itu terdiri daripada murid-murid yang kerap kali tidak hadir ke sekolah dan mengalami masalah keluarga seperti ibubapa yang pekak, ditinggalkan oleh ibu dan ayah dan sebagainya. Melalui teknik bunyi murid-murid dapat mengenal huruf dengan mudah.

No comments:

Post a Comment