Hari : Isnin
Tarikh : 5 September 2011
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Seronoknya bercucuk tanam
Masa : 8.20 – 9.50 ( 90minit )
Sukatan Pelajaran : 2.5.3 / 1.2.1 ( literasi )
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid akan dapat ;
Murid Perdana( murid yang melepasi tahap linus )
1. Membaca dan menaakul maklumat daripada pelbagai sumber.
2. Mengeja frasa dengan betul.
Murid literasi( murid yang tidak menguasai konstruk seperti bacaan dan tulisan )
3. Murid dibimbing guru mengeja dan membatang suku kata. Guru juga menggunakan teknik bunyi untuk
membunyikan perkataan.
4. Murid membuat lembaran kerja.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid memerhati dan membaca teks dibimbing oleh guru.
2. Murid menaakul maklumat dan memindahkan bahan grafik kepada bukan grafik.
3. Murid melengkapkan ayat berdasarkan gambar.
Murid literasi
4. Murid mengeja dan membunyi suku kata tertutup yang terdapat dalam buku teks dengan bimbingan guru.
5. Murid-murid membuat lembaran kerja.
EMK : TMK:- kreatif dan inovatif
BBM :Gambar tunggal, buku teks, buku aktiviti, kad ,beberapa jenis sayur, carta dan lembaran kerja.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid boleh membatang suku kata tertutup.
2. Mencatat maklumat dengan tepat.
Kemahiran Bernilai Tambah :Mengelaskan dan EMK
Pengisian Kurikulum :Nilai – Kerjasama , Ilmu – Sivik dan Kenegaraan
Pengayaan :Melengkap ayat berdasarkan gambar dan perkataan.
Pemulihan :Menulis suku kata terbuka dan tertutup mengenai sayur-sayuran dengan betul.
Refleksi :
Objektif bagi kedua-dua tahap pada hari ini adalah tercapai sebanyak 90%.Namun demikian saya agak terkilan kerana pembelajaran pada hari ini kurang menyeronokkan.Walaupun murid-murid agak terkesan dengan kehadiran gambar tunggal yang menarik namun saya berpendapat jika mereka didedahkan dengan melihat suasana cara menanam sayur itu sendiri memang menyeronokkan. Agak lucu apabila mereka melihat sayur yang dibawa seperti tomato, cili, sawi, kobis dan lobak merah dengan menyebut “owhh” dan pertanyaan “boleh makankah cikgu?”. Bagi murid yang tidak mampu dan jarang makan sayur seperti ini mereka amat teruja sekali tetapi bagi murid yang sudah biasa mereka berasa agak seronok untuk memberitahu kepada cikgu.Murid linus yang tidak hadir telah diberi notis dan hanya menunggu tindakan daripadai bubapa dan penjaga mereka untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Kami hanya mampu berjumpa dan berbincang mengenai masalah anak-anak mereka itu pun mengambil jangka masa yang agak lama untuk mereka datang berjumpa dengan pihak sekolah.