Thursday, 8 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 1 Orchid 2011


Hari                 : Isnin
Tarikh              : 5 September  2011
Tema               : Mari Bertani
Tajuk               : Seronoknya bercucuk tanam
Masa                : 8.20 – 9.50 ( 90minit )
Sukatan Pelajaran : 2.5.3 / 1.2.1 ( literasi )
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid akan dapat ;
Murid Perdana( murid yang melepasi tahap linus )
1. Membaca dan menaakul maklumat daripada pelbagai sumber.
2. Mengeja frasa dengan betul.

Murid literasi( murid yang tidak menguasai konstruk seperti bacaan dan tulisan )
3. Murid dibimbing guru mengeja dan membatang suku kata. Guru juga menggunakan teknik bunyi untuk
membunyikan perkataan.
4. Murid membuat lembaran kerja.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid memerhati dan membaca teks dibimbing oleh guru.
2. Murid menaakul maklumat dan memindahkan bahan grafik kepada bukan grafik.
3. Murid melengkapkan ayat berdasarkan gambar.
Murid literasi
4. Murid mengeja dan membunyi suku kata tertutup yang terdapat dalam buku teks dengan bimbingan guru.
5. Murid-murid membuat lembaran kerja.

EMK : TMK:- kreatif dan inovatif
BBM :Gambar tunggal,  buku teks, buku aktiviti, kad ,beberapa jenis sayur, carta dan lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid boleh membatang suku kata tertutup.
2. Mencatat maklumat dengan tepat.

Kemahiran Bernilai Tambah :Mengelaskan dan EMK
Pengisian Kurikulum :Nilai – Kerjasama , Ilmu – Sivik dan Kenegaraan
Pengayaan :Melengkap ayat berdasarkan gambar dan perkataan.
Pemulihan :Menulis suku kata terbuka dan tertutup mengenai sayur-sayuran dengan betul.

Refleksi :
Objektif bagi kedua-dua tahap pada hari ini adalah tercapai  sebanyak 90%.Namun demikian saya agak terkilan kerana pembelajaran pada hari ini kurang menyeronokkan.Walaupun murid-murid agak terkesan dengan kehadiran gambar tunggal yang menarik namun saya berpendapat jika mereka didedahkan dengan melihat suasana  cara menanam sayur itu sendiri memang menyeronokkan. Agak lucu apabila mereka melihat sayur yang dibawa seperti tomato, cili, sawi, kobis dan lobak merah dengan menyebut “owhh” dan pertanyaan “boleh makankah cikgu?”. Bagi murid yang tidak mampu dan jarang makan sayur seperti ini mereka amat teruja sekali tetapi bagi murid yang sudah biasa mereka berasa agak seronok untuk memberitahu kepada cikgu.Murid linus yang tidak hadir telah diberi notis dan hanya menunggu tindakan daripadai bubapa dan penjaga mereka untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Kami hanya mampu berjumpa dan berbincang mengenai masalah anak-anak mereka itu pun mengambil jangka masa yang agak lama untuk mereka datang berjumpa dengan pihak sekolah.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 1 Orchid 2011


Hari                 : Jumaat
Tarikh              : 26 Ogos 2011
Tema               : Mari Bertani
Tajuk               : Faedah bercucuk tanam
Masa                : 8.20 – 9.20 ( 1 jam )
Sukatan Pelajaran : 1.61 / 5.2.1 ( literasi )
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid akan dapat ;
Murid Perdana( murid yang melepasi tahap linus )
1. Berbicara untuk mendapat maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber.
2. Menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.

Murid literasi( murid yang tidak menguasai konstruk seperti bacaan dan tulisan )
3. Murid di bimbing guru mengeja dan membatang suku kata. Guru juga menggunakan teknik bunyi untuk
membunyikan perkataan.
4. Murid membuat lembaran kerja.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid membaca dialog dalam buku teks.
2. Murid berbincang tentang faedah bercucuk tanam.
3. Murid mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
Murid literasi
4. Murid mengeja dan membunyi perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan bimbingan guru.
5. Murid-murid membuat lembaran kerja.

EMK : TMK:- keusahawanan
BBM :Gambar bersiri,  buku teks, buku aktiviti, kad , carta dan lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid boleh mengeja dengan cara membatang suku kata.
2. Mencatat maklumat dengan tepat.

Kemahiran Bernilai Tambah :Mengelaskan dan EMK
Pengisian Kurikulum :Nilai – Kerjasama , Ilmu – Kemahiran Hidup
Pengayaan :Membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
Pemulihan :Menulis suku kata tertutup dengan betul.

Refleksi :
Pencapaian untuk murid perdana hampir 90% menguasai dan sebilangan daripadanya masih keliru untuk memahami tajuk mengenai bercucuk tanam.Ini adalah kerana mereka yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan tinggi tidak mempunyai pengalaman secara langsung dalam bercucuk tanam. Bagi murid linus pula ketidakhadiran murid linus seramai 4 orang telah menjadikan peratus meningkat sebanyak 90% daripada bilangan murid yang hadir. Mereka mampu mengeja dan membunyi suku kata dengan bimbingan guru dan bantuan rakan sebaya. Murid belajar dengan seronok melalui teknik lakonan yang disampaikan oleh murid perdana. Murid linus juga penuh berminat untuk mengambil bahagian dalam melakonkan dialog walaupun bacaan kurang lancar. Mungkin dengan cara ini murid agak berminat untuk mengikuti pengajaran dan menguasai pembelajaran.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1 2011


Kelas   : 1 Orchid
Tarikh : 25 Ogos 2011
Masa    : 09:20 – 10:20 ( 1 jam )
Hari     : Isnin
Tema   : Mari Bertani
Tajuk   : Seronoknya bercucuk tanam
SukatanPelajaran : 2.5.3 / 1.2.1 ( literasi )
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini murid akan dapat;
1.      Membaca dan menaakul maklumat daripada pelbagai sumber.
2.      Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Murid Perdana( murid yang melepasi tahap linus )
1.      Murid memerhati dan membaca teks dengan bimbingan guru.
2.      Murid menaakul maklumat dan memindahkan bahan grafik kepada bukan grafik.
3.      Murid melengkapkan ayat berdasarkan gambar.

Murid literasi( murid yang tidak menguasai konstruk seperti bacaan dan tulisan )
4.      Murid dibimbing guru mengejadanmembatangsuku kata. Guru juga menggunakan teknik bunyi untuk membunyikan perkataan.
5.      Murid membuat lembaran kerja.

EMK : TMK ; kreatif dan inovatif
BBM :Gambar tunggal, buku teks aktiviti, bahan grafik, kad perkataan dan huruf.

Penilaian  Pengajaran dan Pembelajaran :
1.      Murid boleh membatang suku kata terbuka dengan bunyi dan ejaan.
2.      Mencatat dan menulis maklumat dengan tepat.

Kemahiran Bernilai tambah :Mengelaskan, EMK
Pengisian kurikulum :   Nilai ; Kerjasama , Ilmu ; Sivik Kenegaraan
Pengayaan :Melengkapkan ayat berdasarkan gambar dan perkataan.
Pemulihan :Menulis suku kata terbuka dengan betul.

Refleksi :
100 % objektif tercapai bagi murid perdana manakala bagi muridl inus pula hanya 66 % peratus sahaja.Ini adalah kerana hanya 10 daripada 15 orang pelajarl inus yang mampu membunyi dan mengejas uku kata dengan betul.Ada pun latihan yang dibina oleh pelajar linus adalah 90% yang dapat menguasai. Murid-murid yang tidak menguasai itu terdiri daripada murid-murid yang kerap kali tidak hadir ke sekolah dan mengalami masalah keluarga seperti ibubapa yang pekak, ditinggalkan oleh ibu dan ayah dan sebagainya. Melalui teknik bunyi murid-murid dapat mengenal huruf dengan mudah.

Friday, 11 November 2011

PELAJARAN 5 : Gabungan bunyi /a/ /i/ /u/ + /ni/ /na/ /nu/


PELAJARAN 5 : Gabungan bunyi /a/ /i/ /u/ + /ni/ /na/ /nu/
a…na :ana
a…ni  :ani
i…na  :ina
i…ni   :ini
Nota : Sila rujuk bunyi dalam pelajaran 2 dan 3