Komen kendiri: Sudut Refleksi
Program linus yang bermula pada tahun 2010 mencabar minda dan kebolehan saya untuk mengajar murid tahap 1 dan tahun satu ketika itu. Mengajar tahap 2 Bahasa Melayu dan rata-rata pelajarnya terdiri daripada bangsa Melayu Sarawak dan bertutur menggunakan dialek Sarawak. Saya akur akan permintaan pihak sekolah untuk ‘turun padang’ mengajar anak-anak cilik ini. Selama ini berada di tahun 5 dan 6 akhirnya menguji bakat untuk menerangi cahaya anak-anak cilik ini. Pengalaman pertama amat mencabar. Semestinya mempunyai komitmen dan kesabaran yang tinggi. Namun demikian, berkat kesabaran kami mampu mengukir senyuman selama berada bersama mereka, menangis di kala mereka kewalahan. Kebanyakan daripada mereka mengalami masalah keluarga yang kronik. Konflik perceraian ibu bapa, kemiskinan, kurang kasih sayang dan perhatian menjadikan mereka insan yang teramat nakal dan tidak mudah menerima pembelajaran yang diajar. Terima kasih kepada Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad. Kursus Cepat Membaca yang disampaikan oleh mereka di Johor empat tahun yang lepas menjadi panduan sehingga ke hari ini dan membantu anak-anak cilik ini membaca dengan baik.
Perkongsian ilmu demi kesejahteraan bersama;
Peringkat awal bacaan fonetik Bahasa Melayu
Pelajaran 1 : bunyi /a/ /i/ /u/
Murid didedahkan dengan gambar-gambar yang menarik minat murid namun mereka tidak perlu mengeja sebaliknya menyatakan gambar tersebut yang bermula dengan bunyi /a/.
Murid diminta untuk senyum terlebih dahulu sebelum membunyikan huruf ini. Nyatakan huruf ini adalah huruf yang paling gembira. Semasa senyum murid disuruh membunyikan huruf tersebut tanpa mengubah kedudukan mulut yang senyum tadi.Bunyi yang akan dikeluarkan ialah iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Murid diminta untuk memuncungkan bibir ke depan. Murid disuruh mengeluarkan bunyi pada bibir yang telah muncung tadi. Bunyi uuuuuuuuuuuuuu akan keluar daripada muncung tersebut. Murid disuruh menyebut gambar dengan menggunakan bunyi /u/ di awalannya.




No comments:
Post a Comment